Monday, May 25, 2009

Program Kursus Kepimpinan Pelajar Luar Negara

PROGRAM KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR LUAR NEGARA ANJURAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

Tuan/Puan,

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sedang dalam usaha untuk mengadakan Kursus Kepimpinan Pelajar di Luar Negara bagi tahun 2009.

3. Tarikh yang diusulkan adalah 14-15 Julai 2009. Segala maklumat lain akan diumumkan tidak lama lagi.

4. Justeru itu diminta para wakil pelajar, terutama presiden-presiden setiap persatuan pelajar Malaysia menghantar nama-nama ahli jawatankuasa yang akan hadir ke program ini. Borang pendaftaran disertakan bersama notis ini. Diharapkan proses pendaftaran dapat disempurnakan secepat mungkin untuk memudahkan pihak pengurusan iaitu MASCA dan juga JPMA.

5. Borang pendaftaran dan juga segala persoalan bolehlah dihantar ke info@mascavictoria.com

Kerjasama dan keprihantinan pihak tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”



ALYAA ISMAIL
(Vice Chairperson 2008/2009)

Malaysian Students' Council of Australia - Victoria (MASCA VICTORIA)
Web : www.mascavictoria.com
Email : info@mascavictoria.com

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment