Dengan segala sukacitanya, Badan Hal Ehwal Islam dan Pembangunan Insan (EHSAN) dengan kerjasama Kelab Dewan Malaysia Melbourne (KDMM), Federation of Australian Muslim Students and Youth (FAMSY), Kelab UMNO Australia Melbourne (KUAM), Malaysian Students’ Council of Australia (MASCA), Victoria Malaysians Post Graduate Association (VMPGA), Petronas Victoria (PETROVIC), dan Jabatan Penuntut Malaysia Australia, Melbourne (JPMA) ingin menjemput anda semua yang tinggal di sekitar Melbourne untuk bersama-sama menghadirkan diri ke Majlis Sambutan Isra’ Mikraj 1429 Hijrah.
Tempat : Dewan Malaysia Melbourne
Tarikh : 2 Ogos 2008
Masa : 10am - 2pm
Antara program yang menarik adalah tayangan video dan juga forum terbuka yang panelnya terdiri daripada presiden kelab-kelab dan persatuan di Melbourne. Ini adalah buat kali pertamanya forum sebegini diadakan. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikannya.
Makan tengah hari akan disediakan.
Diharap kehadiran anda semua dapat menjayakan serta memeriahkan lagi majlis ini.
Sumbangan berbentuk juadah (pot luck) juga adalah dialu-alukan untuk dinikmati bersama semasa makan tengah hari pada hari tersebut.
Note to members:
Our president, Suhaimi will be one of the four panellists for the day, which are made up from four student leaders in. The discussion will revolve upon the notion of student and the 'Journey Towards Excellence'. It will hopefully be a very dynamic, interesting talk, and we very much hope that everyone will be able to take away something from this.
See you guys there, and God bless our efforts!
No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment